CERAMAH GAYA HIDUP SIHAT


13 Ogos 2020, Kuala Selangor - Perunding Utama kami telah menerima jemputan ceramah pasca PKP Covid19 secara fizikal di Dewan Utama Pejabat KEMAS PKM Kuala Selangor. Ceramah yang disampaikan bertajuk Gaya Hidup Sihat yang memberikan penekanan mengenai pencirian insan sebagai makhluk terbaik ciptaan Tuhan wajib mengamalkan gaya hidup sihat. Bukan hanya dari sudut pemakanan untuk fizikal, tetapi juga, pemakanan akal, rohani, emosi dan sosial.

Sebelum sesi berakhir, penceramah turut berkongsi maklumat mengenai Kenali Ubat Anda, Pengambilan Ubat dan Penyimpanan Ubat. Perunding Utama kami juga merupakan Duta Kenali Ubat Anda, Hospital Tanjong Karang.

Terima kasih kepada Puan Bahzah, penyelia Unit PKem KEMAS Parlimen Kuala Selangor serta seluruh warga kerja KEMAS Parlimen Kuala Selangor atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan. Semoga Allah memberkati usaha baik kalian dan menjadi bekalan amal soleh buat kita semua.


Catatan Popular