BERSAMA UNIT PKEM PARLIMEN KUALA SELANGOR


17 Ogos 2020, Kuala Selangor - Ceramah siri kedua dan terakhir Perunding Utama kami bersama Unit PKem KEMAS Parlimen Kuala Selangor untuk siri ceramah Gaya Hidup Sihat kali ini. S.I.H.A.T., setiap insan harus ada tujuan. Kehidupan dengan tujuan menjadikan kita akan menyediakan makanan secukupnya bukan hanya untuk tubuh, bahkan akal, emosi, rohani dan sosial kita.

Seperti juga sebelum ini, sesi ceramah diakhiri dengan ceramah Kenali Ubat Anda kerana penceramah juga adalah duta Kenali Ubat Anda Hospital Tanjong Karang. Ceramah disampaikan di Balai Masyarakat, Kampung Bukit Cherakah, Jeram. Terima kasih sekali lagi kepada Puan Bahzah atas kepercayaan untuk kami.


Catatan Popular