BENGKEL KEPIMPINAN C.H.I.E.F.@SCHOOL IQ CLASS MANAGEMENT

Bengkel Kepimpinan C.H.I.E.F.@School atau dahulunya dikenali sebagai Bengkel Asas Kepimpinan (BAKe) merupakan modul yang dibangunkan untuk memperkenalkan asas kepimpinan kepada pelajar-pelajar yang merangkumi elemen kepimpinan, corak kepimpinan dan peranan pemimpin dan yang dipimpin. Modul pendek dan ringkas ini mula diperkenalkan sejak tahun 2008 dan ia amat mudah difahami dan dihayati.

Bengkel ini diharapkan akan dapat membuka mata pelajar kepada kepentingan dan keperluan kepimpinan di sekolah sekaligus membantu meningkatkan pencapaian di sekolah melalui daya kepimpinan pelajar yang tinggi. Ia akan memenuhi kriteria pendidikan emosi dan social yang memandu pelajar ke arah pembentukan kesukarelawanan dalam individu pelajar.


OBJEKTIF
Selepas mengikuti bengkel ini, peserta akan dapat;
  1. Meningkatkan kefahaman mengenai kepimpinan;
  2. Mengetahui elemen-elemen dalam kepimpinan;
  3. Memahami pencirian utama dalam asas kepimpinan merangkumi;
    • Gaya komunikasi - communicative
    • Nilai kejujuran - honesty
    • Keupayaan memulakan - initiative
    • Keberkesanan - effective
    • Keutamaan memudahcara - facilitative

BUTIRAN PELAKSANAAN
  1. Sasaran: Kepimpinan pelajar sekolah menengah
  2. Jangka Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
  3. Tarikh: Tertakluk kepada perbincangan
  4. Tempat: Tertakluk kepada perbincangan

MODUS OPERANDI
  1. Aktiviti Dalam Kumpulan
    • Peserta akan dibentukkan kumpulan dan diberikan tugasan untuk diselesaikan. Ia melibatkan perbincangan, penghasilan dan berakhir dengan pembentangan. Sesi ini akan diketuai oleh Jurulatih dan dibantu oleh fasilitator kami.
  2. Ceramah Interaktif
    • Peserta akan dibimbing oleh seorang penceramah dalam sesi komunikasi satu hala. Namun sesi tersebut akan diselang-selikan dengan aktiviti yang akan menambah kefahaman peserta mengenai subjek yang dibincangkan. Penceramah akan berinteraksi terus dengan peserta berdasarkan pengalaman aktiviti yang dijalankan.

Catatan Popular