TRANSFORMASI BELIA LUAR BANDAR NEGERI PERAK 2013
20 Disember 2013, Lenggong - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management
telah dilantik oleh KBI sebagai Perunding Latihan untuk KBI Training
and Consultancy bagi melaksana program bertajuk Transformasi Belia Luar
Bandar dibawah anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
(KKLW). Program 3 hari 2 malam yang mensasarkan seramai 200 orang belia
luar bandar yang terpilih untuk dibantu menetapkan halatuju kehidupan
mereka dari menganggur kepada belajar, bekerja atau berniaga.
4 Perunding yang dilantik termasuk En Kamarul Azami mewakili IQ Class Management
dan program pertama adalah di negeri Kelantan, kedua di Kedah manakala kali
ini merupakan program yang ketiga di negeri Perak bersama FELCRA. Program
bermula pada 20 Disember dan tamat pada 22 Disember
2013 di Kem Nur Lembah Lenggong, Perak Darul Ridzuan. Seramai lebih kurang 150
orang peserta yang hadir yang mana mereka dibimbing melalui ujian
Holland, analisa SWOT dan berakhir dengan pertemuan agensi berdasarkan
pilihan mereka sama ada belajar, bekerja atau berniaga. Perunding Utama IQ Class Management ke Kedah bersama En Megat Azlan (KBI), En Fuad (Focus Training) dan En Zawawi (BUDI Training).
