PROGRAM PENGHAYATAN ISLAM, MOTIVASI DAN PEMBINAAN AKHLAK UNGGUL SK ASSAM JAWA


7 November 2013, Kuala Selangor - IQ Class Management diberikan peluang oleh Allah s.w.t sekali lagi untuk mencurahkan bakti, idea dan semangat motivasinya kepada kelompok pelajar atau anak-anak dari keluarga penerima bantuan asnaf zakat Lembaga Zakat Selangor pada 6 dan 7 November 2013. Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam diisi dengan beberapa elemen seperti motivasi belajar, motivasi kerohanian serta pemantapan akhlak dan fardhu 'ain.


Program dianjurkan oleh panitia pendidikan Islam SK Assam Jawa dan dihadiri oleh hampir 80 orang peserta. IQ Class Management dibantu oleh 4 orang fasilitator muda bersama dikemudikan oleh Perunding Utama IQ Class Management sendiri En Kamarul Azami. Semoga Allah s.w.t memberkati usaha murni pihak sekolah ini untuk terus memberikan harapan kepada anak-anak fakir dan miskin ini kerana mereka juga tidak sepatutnya ketinggalan dan keciciran dalam menempa kejayaan akademik mereka.

Catatan Popular