IBU BAPA MAIN PERANAN KEJAYAAN ANAK
Ceramah disampaikan kepada ibu, bapa dan anak penerima bantuan zakat Selangor. Ceramah yang berlangsung selama 1 jam diisi sarat dengan pengalaman dan teori dalam usaha membentuk 'usrati habibati'. Antara lainnya dimuatkan 5 ciri I.D.E.A.L ibu bapa iaitu impian, disiplin, eksplorasi, adil dan lapang dada.
Semoga usaha yang sedikit ini diganjarkan Allah s.w.t dengan pahala dan DIA jadikan anak-anak ini berjaya disisi ibu bapa yang amat dikasihi.