PEMIMPIN BARU DI MAHALLAH HAFSA

3 Mac 2013, Gombak - Perunding utama latihan dan motivasi IQ Class Management telah berkunjung ke Mahallah Hafsa UIAM bagi menyampaikan ceramah kepada kepimpinan baru perwakilan mahallah. Sesi ringkas bermula jam 11 pagi itu dimulakan dengan sedikit ucapan pembukaan dan perasmian oleh fellow mahallah dan kemudian diikuti dengan sesi ceramah.

Ceramah bermula baik dan peserta memberikan komitmen yang cukup baik sepanjang ceramah berlangsung. Perbincangan tertumpu kepada beberapa kefahaman asas tentang kepimpinan bermula dengan aktiviti pembentukan kumpulan sehinggalah kepada pembentangan kumpulan.

Alhamdulillah respon dan kerjasama peserta amat memberangsangkan bahkan mereka telah menghasilkan beberapa falsafah baru tentang kepimpinan. Mudah-mudahan, kami mendoakan agar mereka berjaya dalam pelajaran mereka dan pada masa yang sama dapat menjadi tunjang dan harapan bangsa dan negara akan datang.


Catatan Popular