SK TAMAN KLANG JAYA
Ceramah bertajuk Aku Ke Dunia Baru merupakan modul ceramah 1 jam 30 minit untuk membuka minda pelajar tahun 4 mengenai perpindahan mereka dari tahap 1 ke tahap 2 di sekolah. Mereka dinasihatkan untuk melakukan beberapa perubahan pada diri mereka untuk menyesuaikan diri dengan cara belajar di tahap 2.
Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberikan kepercayaan kali kedua kepada kami setelah tahun lalu untuk menyampaikan sedikit maklumat kepada pelajar-pelajar tahun 4 SK Taman Klang Jaya. Semoga mereka berjaya mejadi pelajar yang diidamkan oleh guru-guru mereka. Terima kasih.