SK PUCHONG JAYA (2)
29 Ogos 2012, Puchong - IQ Class Management telah memenuhi jemputan terakhir bagi Bengkel Pecutan Akhir UPSR 2012 di SK Puchong Jaya (2). Bengkel yang dimulakan pada jam 8.00 pagi itu tamat pada jam 1.00 petang dengan dihadiri oleh 100 orang peserta bersama perunding-perunding kami.
Sesi berjalan lancar dengan penglibatan Perunding Latihan Dan Motivasi Encik Mohammad Zaki dan Encik Johari. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih buat pihak sekolah yang memberikan tanggungjawab ini kepada kami dan semoga usaha ini diberkati Alah s.w.t..