SEKOLAH AGAMA MENENGAH JERAM

4 September 2012, Jeram, Kuala Selangor - IQ Class Management bersama fasilitator FaDelaT telah melaksanakan modul Bengkel Pecutan Akhir PMR 2012 di SAM Jeram bersama pelajar-pelajar tingkatan 3. IQ Class Management dibarisi oleh Encik Johari, Encik Kamarul Azami bersama FaDelaT Ahmadi dan Lukman. Perjalanan aktiviti lancar walaupun terdapat beberapa kelemahan teknikal pada awal aktiviti.


Pertemuan dengan pelajar tingkatan 3 ini merupakan pengalaman pertama IQ Class Management walaupun modul ini telah dibina lama sebelum ini. Aktiviti seperti biasa dimulakan dengan beberapa suaikenal dan aktiviti 'brain gym' yang diketuai oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi sendiri.

Peserta kemudian dibimbing melalui beberapa permainan seperti bingo dan nombor. Aktiviti juga diselang-seli dengan beberapa pringatan penting mengenai sikap dan peranan pelajar oleh Encik Johari manakal sesi terakhir oleh Encik Kamarul Azami menyentuh juga mengenai pengurusan stres. Aktiviti ini tamat pada jam 2.30 petang atas permintaan pihak sekolah. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang memberikan kepercayaan ini kepada kami. Semoga Allah s.w.t. membalasnya dengan kejayaan anak-anak di SAM Jeram.

Catatan Popular