IQCM di SK Sungai Pusu dan bersama Kadet Bomba SM Teknik KL




Alhamdulillah, IQCM sekali lagi berjaya menamatkan perjalanan program yang diharapkan menjadi kenangan dan ingatan peserta-peserta yang menyertainya. 14 hingga 16 Ogos 2009 telah menempatkan kami ke 2 buah tempat dan menggerakkan 2 buah program secara serentak.



Program pertama adalah Program Motivasi CINTA di SK Sungai Pusu yang diketuai oleh PLM Zaki dan dibantu oleh PLM Johari. Perjalanan program amat memberangsangkan dengan memberikan kesan yang cukup mendalam kepada peserta yang seramai 200 orang peserta.



IQCM juga dibantu oleh fasilitator-fasilitator jemputan dari Kelab Karisma UIAM dengan kekuatan seramai 16 orang fasilitator. Antara aktiviti yang menjadi pengisian utama peserta di SK Sungai Pusu adalah ceramah Motivasi CINTA yang disampaikan oleh penceramah jemputan kami Encik Huzaimi Zaini.


Program kedua pula telah berlangsung di Sungai Congkak. D'Congkak Forest telah menjadi tempat persinggahan 40 orang ahli Kadet Bomba dari Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur bermula pada 14 Ogos sehinggalah tamat pada 16 Ogos 2009. Program ini telah diketuai oleh PULM sendiri serta dibantu selia oleh FaDelaT Nor Firdaus.


Program yang diberi nama Program Eksplorasi Motivasi dan Induksi Kepimpinan Remaja atau PEMIKiR ini telah berlangsung dengan jayanya. Namun, agak mendukacitakan apabila pada hari terakhir, ramai dari kalangan peserta yang pulang dalam keadaan yang tidak sihat memandangkan beberapa faktor dari segi cuaca, pemakanan dan keadaan sekitar. Kami di pihak IQCM memohon berjuta kemaafan dan mendoakan agar semua peserta termasuk guru pengiriang mereka akan cepat sembuh dan diberikan kesihatan oleh Allah s.w.t serta sentiasa bersabar.


Antara aktiviti yang diselitkan di dalam PEMIKiR ialah; 'war game', personaliti, bingo, PVC, XY dan banyak lagi. Respon peserta amat memberangsangkan dan diharapkan mereka dapat memahami setiap pembelajaran yang mereka lalui. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada guru-guru pengiring dalam program ini khususnya Ustaz Imran dan CIkgu Amin. Semoga usaha dan komitmen kalian dibalas oleh Allah s.w.t.


Sekian.




"Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."

Catatan Popular