SK KIARAMAS DI D' ARK JANDA BAIK

8 Julai 2012, Janda Baik, Pahang - IQ Class Management menerima jemputan ceramah dari SK Kiaramas Kuala Lumpur. Tetapi kali ini kami tidak ke sekolah mereka, sebaliknya ceramah diadakan di D' Ark Resort di Janda Baik Pahang. Perjalanan kami mengambil masa hampir 1 jam 30 minit berlepas dari Kuala Selangor. Kami diwakili penceramah Perunding Utama Encik Kamarul Azami dan diiringi oleh Perunding Encik Johari. Ceramah bertajuk Ibu Ayah Berjasa, Anak Berjaya.

Ceramah dimulakan lewat 10 minit apabila kami tersesat mencari tempat ceramah tersebut. Namun, segalanya lancar selepas dimulakan dan penceramah menyampaikan ceramah dengan baik walaupun sasaran sebenar kurang memberangsangkan. Ini kerana, sasaran mereka adalah ibu bapa pelajar, namun kehadiran tidaklah seperti yang dijangkakan. Mungkin ia disebabkan oleh jarak yang jauh ibu bapa sendiri yang kurang menggesa diri mereka untuk hadir memeriahkan program untuk anak-anak mereka yang berkampung selama 3 hari 2 malam di situ.

IQ Class Management mengucapkan jutaan tahniah atas perlaksaan kursus yang baik untuk pelajar-pelajar tersebut dan ribuan terima kasih kerana sekali lagi memberikan kepercayaan kepada kami untuk mengisi ruang ceramah untuk pelajar-pelajar. Kami doakan agar guru-guru terus istiqamah dan bersemangat untuk melihat anak-anak didik mereka berjaya.

Catatan Popular