WEBINAR 'MELAHIRKAN PELAJAR S.M.A.R.T.'

WEBINAR PERCUMA

WEBINAR PERTAMA ANJURAN IQ CLASS MANAGEMENT
PENYERTAAN SECARA PERCUMA
HANYA UNTUK 50 ORANG PERTAMA SAHAJA

WEBINAR 'MELAHIRKAN PELAJAR S.M.A.R.T. PASCA PKP COVID-19'
MASA: 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Pendahuluan
Norma baru selepas cuti panjang adalah sesuatu yang amat sukar bagi setiap kita apatah lagi buat anak remaja yang sedang dibangku sekolah atau mahasiswa di universiti. Rehat tanpa penghujung memberikan kesan langsung terhadap pembinaan watak dan sekaligus menguji ibu bapa di rumah tentang bagaimana sebenarnya pendidikan dan apa sebenarnya yang dikatakan sebagai persekolahan.

Ramai anak remaja yang mula merungut apabila diumumkan akan bersekolah atau memulakan pengajian semula. Pendidikan secara atas talian secara umumnya gagal untuk memberikan impak kepada kelangsungan pendidikan di sekolah. Ini menambah lagi bebanan buat para guru yang perlu berhadapan dengan segala pembaharuan dalam sistem pendidikan di sekolah.

Sejak 2008, IQ Class Management telah memperkenalkan modul 'Melahirkan Pelajar S.M.A.R.T.' buat para pelajar dan mahasiswa bagi dibentukkan semula objektif pembelajaran mereka serta membina semula matlamat persekolahan dan pengajian yang bukan hanya menumpukan kepada pencapaian atas sijil semata-mata. Kali ini, modul yang sama, kami bawakan untuk membimbing semangat untuk anak-anak mendapatkan motivasi semula kembali ke alam persekolahan dan pengajian serta membina objektif yang lebih mampan buat mereka.

Kelebihan Menyertai Webinar Bersama IQ Class Management
  1. Dapat meningkatkan motivasi diri pelajar menghadapi dunia pembelajaran harian dengan lebih positif dan bermakna.
  2. Dapat berinteraksi dengan mereka yang dapat memberikan rangsangan positif khususnya pembentang sendiri yang amat aktif menulis di blog beliau (http://kamarulazami.blogspot.com) serta sentiasa berkongsi poster-poster positif di ruangan telegram (http://t.me/motivasikandirimu) dan juga di Facebook dan Instagram peribadi beliau.
  3. Dapat membina sikap dan pemikiran yang jelas mengenai matlamat sebenar pembelajaran disebalik mengejar pencapaian sijil peperiksaan semata-mata serta;
  4. Dapat membuka ruang diskusi aktif antara peserta dengan fasilitator dalam webinar beserta aktiviti tambahan yang diharapkan dapat meninggalkan kesan positif buat diri.
Penganjuran
23 Ogos 2020, dengan kerjasama Kelab OSEM Selangor, PEPIAS Kuala Selangor dan ABIM Kuala Selangor akan menganjurkan 'Webinar Melahirkan Pelajar S.M.A.R.T. PASCA PKP COVID-19' yang akan berlangsung secara atas talian dan apa yang lebih menarik adalah ia akan berlangsung secara percuma untuk 50 orang terawal sahaja. Webinar sehari yang akan berlangsung selama 5 jam dalam 5 sesi ini mensasarkan pelajar sekolah menengah berumur 14 tahun ke atas, mahasiswa di IPT dan pelajar Pra Universiti.

Fokus Webinar
Webinar akan disampaikan oleh Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management yang merupakan pemilik IQ Class Management serta 'founder' Modul Belajar Berkumpulan S.M.A.R.T. Webinar ini akan memberikan fokus kepada pembentukan semula fokus pembelajaran di sekolah dan IPT (strategy), proses memotivasikan diri semula pasca PKP (mindset), penambahbaikan sikap terhadap ilmu dan pembelajaran (attitude) serta tambah nilai terhadap kepentingan masa (responsible & time management).

Penyertaan
Penyertaan terbuka terhad kepada 50 orang peserta terawal sahaja dan ia adalah percuma. Tiada sebarang caj tersembunyi melainkan top up anda sendiri. Webinar akan menggunakan aplikasi ZOOM.

E-Book
Setiap peserta juga boleh mendapatkan E-Book bertajuk "Melahirkan Pelajar S.M.A.R.T Pasca PKP Covid-19" dengan harga potongan 80% iaitu pada harga RM5.00 sahaja. Tawaran ini terhad kepada peserta sahaja.

Sumbangan
Kami amat berbesar hati sekiranya ada pihak yang ingin menaja perjalanan webinar ini. Segala sumbangan yang kami terima akan digunakan bagi menambah baik persembahan digital kami dan pada masa yang sama membantu kos pelaksanaan webinar ini, kali ini dan pada masa akan datang. Terdapat ruangan sumbangan sekiranya ada yang memberikan sumbangan kepada penganjuran percuma ini. Sumbangan akan disalurkan kepada NGO penganjur bersama agar lebih banyak seminar-seminar percuma begini boleh dianjurkan.


Untuk pertanyaan hubungi 01111982565 (Cik Azimah) atau 01111663038 (En. Aidi Imran).

Penganjuran Bersama Sekolah Rendah

Tunjukkan lagi

Penganjuran Bersama NGO, Syarikat Dan Jabatan Kerajaan

Jabatan Zakat Negeri Kedah QI Consultants Sdn Bhd Surau Ar-Raudhah Taman Widuri Unit Bina Insan KEMAS Parlimen Kuala Selangor Yayasan Kebajikan Anak Yatim Malaysia KEDA KESEDAR Kolej Multimedia MORT Resources Madrasah Tahfiz Ad-Diniah Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) ABIM Bangi ABIM Shah Alam ActivFast Akademi Al-Quran Medic Malaysia Al-Ghazi FELCRA Facilitator Team IIUM Kuantan Ikatan Pelajar Islam Pahang Inspire Club IIUM Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS) Institut Perkembangan Awal Kanak-kanak Educate To Learn Jabatan Agama Islam Selangor Jabatan Belia Dan Sukan Seputeh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia WP Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Segamat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Jabatan Optometrik UKM KETENGAH Kelab Bimbingan Mahasiswa UPM Kelab Pemikir Mahasiswa Unisza Kem Laman Cikgu 21 Kesatuan Pelajar Islam Terengganu Kesatuan Pelajar-pelajar Melayu Selangor Kolej Vokasional Ampangan Kompleks Asrama Damai Kuang Koperasi Belia Islam Berhad Lembaga Zakat Selangor Lil Cent Total Solution Mahasiswa UKM Majlis Perbandaran Petaling Majlis Sukan Negara Markas Pendidikan Dan Latihan Udara (MPLU) Masjid Al-Falah Kg Budiman Meru Masjid Pengkalan Udara Subang Meranti Furniture Sdn Bhd PDRM Dang Wangi PERKEP Dang Wangi Pangsapuri Utarid Subang U5 Pejabat Daerah Dan Tanah Lipis Pejabat Daerah Dan Tanah Raub Pelajar Kejuruteraan Elektronik UTeM Pelajar Separuh Masa Ijazah Sarjana Muda UKM Pusat Bahasa Arab (PUSBA) Pusat Khidmat DUNTaman Templer Pusat Penyelidikan Dadah Dan Ubat-ubatan USM Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan Rakan Studi UPSI SKALI Web Services Surau Batu 10 Bagan Tengkorak Tanjong Karang Surau Darul Aman Jalan Kopi Meru Surau Nur Ikhwan Rawang Perdana Surau Putra Al-Amin Precint 8 TAG Unit Bina Insan Daerah Hulu Selangor Unit Bina Insan KEMAS Daerah Kuala Selangor Unit Bina Insan KEMAS Daerah Sabak Bernam Unit Inspektorat Pejabat Kesihatan Kuala Selangor Unit Pra KEMAS Parlimen Kuala Selangor Yayasan Tenaga Nasional
Tunjukkan lagi

Catatan popular daripada blog ini

MOTIVASI S.M.A.R.T.@WORK IQ CLASS MANAGEMENT

KURSUS MOTIVASI S.M.A.R.T.@SCHOOL IQ CLASS MANAGEMENT