KEM

Pastinya aktiviti luar yang dijalankan tidak kurang dari 24 jam. Peserta akan melalui pengalaman mencabar serta aktiviti fizikal dan mental yang begitu mengujakan. Kem diperkenalkan IQ Class Management dengan mengetengahkan konsep perkhemahan yang memerlukan pergerakan fizikal peserta bukan sahaja ketika bersukan, bahkan dalam setiap sesi yang dianjurkan. Ia amat menarik minat generasi baru yang amat menggemari aktiviti fizikal yang mencabar keupayaan diri mereka. Modul utama dalam perkhidmatan kami adalah modul latihan pasukan beruniform sekolah serta modul pembinaan pasukan. Kami bersedia menerima sebarang permintaan modul sesuai dengan kehendak pelanggan.

Antara modul-modul kem yang telah kami bangunkan adalah;

  1. Kem Tunas Unit Beruniform (sekolah rendah) - 3H2M
  2. Perkhemahan Unit Beruniform (sekolah menengah dan IPT) - 3H2M
  3. Program Eksplorasi Asas Kepimpinan (PEAK) - 3H2M
  4. Kursus Pembinaan Pasukan Berkualiti; Outdoor Teambuilding - 3H2M @ 4H3M
Catatan
  • 3H2M - 3 hari 2 malam
  • 4H3M - 4 hari 3 malam




Ketahui tentang;


Follow by Email

BERSAMA KAMI