FACILITATING AND DEVELOPMENT TEAM (FaDélaT)

Siapa FaDélaT Sekumpulan insan yang dilatih oleh IQ Class Management. Mereka adalah insan yang mempunyai kesedaran tentang keperluan dalam memberikan peringatan, nasihat dan bimbingan dalam pelbagai pendekatan kepada segenap lapisan sasaran. FaDélaT adalah individu yang terlatih mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi serta motivasi dan jatidiri yang positif.

Intrepretasi FaDélaT Fundamental (asas) – mesti kuat dan perlu sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa. Daié (penyeru) – keutamaan mereka adalah membuat seruan ke arah kebaikan dan menegur kemungkaran. Training (latihan) – sentiasa melatih diri untuk menjadi lebih baik melalui pengalaman dan pembelajaran tanpa henti.

FaDélaT adalah Duta Kecil Sudah tentu, FaDélaT merupakan duta kecil IQ CLASS MANAGEMENT walau di mana pun mereka berada. Apa yang diharapkan, mereka akan sentiasa memegang prinsip-prinsip asas yang dipelajari dan dikongsikan bersama orang lain demi kebaikan dan perkembangan orang lain bersama-sama mereka.

Catatan Popular