SEKALI LAGI DI SK SERDANG BUAT KALI KETIGA

30 Oktober 2014, Serdang Selangor - "Keburukan adalah seperti lalang, ia tumbuh dimana-mana tanpa perlu dibaja," antara perkara yang diingatkan oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management semasa menyampaikan ceramah yang bertajuk Selangkah Ke Alam Remaja kepada pelajar-pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Serdang. Ia sebagai memenuhi keperluan aktiviti mereka selepas tamat UPSR dan lebih penting adalah peringatan dan pengetahuan sebelum mereka melangkah masuk ke sekolah menengah pada tahun akan datang.

Ceramah ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu dunia kanak-kanak, dunia remaja dan berakhir dengan bagaimana untuk menempuh dunia remaja dengan berkesan. Ceramah berlangsung selama 2 jam bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 10.00 pagi. Semoga ia dapat memberikan kesedaran dan kesan di dalam hati pelajar dan ini juga adalah usaha guru di sekolah rendah mereka.

Catatan Popular