KERJASAMA BERSAMA ABIM DI SAM SUNGAI SELISEK

2 November 2014, Hulu Selangor Selangor - Bengkel Asas Kepimpinan Remaja Islam atau BAKRI kali ini buat kali kedua telah dilaksanakan pada tahun 2014 di Hulu Selangor. Kali ini, ia lebih fokus kepada penyertaan kepimpinan dikalangan pelajar Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek Hulu Selangor. Seramai hampir 60 orang peserta yang menyertai dan mereka kebanyakannya adalah kepimpinan di sekolah tersebut.Program berlangsung selama 3 hari 2 malam di sekolah.


Kerjasama erat antara IQ Class Management dan ABIM diteruskan dengan terlaksananya program ini. Ia diketuai oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami. Beberapa elemen kepimpinan diketengahkan seperti memahami apa itu kepimpinan, ciri-ciri pemimpin serta komunikasi dalam kepimpinan.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI