KALUMPANG RESORT DAN SMK GEDANGSA

18 November 2014, Hulu Selangor - "Kita ingin lihat penyebaran sifat dan ciri-ciri kebaikan ini kepada masyarakat dan ianya harus bermula dengan kita," demikian antara petikan ceramah yang disampaikan oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami dalam satu ceramah bertajuk Asas Fasilitator di Kalumpang Resort bersama pelajar-pelajar dari SMK Gedangsa Hulu Selangor, Selangor. Ceramah berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 11.00 pagi sehingga jam 1.00 petang.


Ceramah ini bertujuan untuk memberikan gambaran watak positif yang harus ditonjolkan oleh seorang fasilitator yang berkesan dan terbaik. Pencirian ini perlu dikongsikan agar istilah fasilitator tidak disalahertikan dan tidak berjaya dilihat sebagai faktor perubahan dan tidak dianggap sebagai ancaman apabila pencirian fasilitator ini tidak menepati kehendak dan keperluannya.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI