IQCM DI SK TAMAN ALAM MEGAH

10 Oktober 2014, Shah Alam Selangor - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk Selangkah Ke Alam Remaja di Sekolah Kebangsaan Taman Alam Megah Shah Alam. Ceramah yang berlangsung selama 2 jam ditujukan kepada pelajar-pelajar tahun 6 sebagai persiapan sebelum mereka melangkah masuk ke persekolahan sekolah menengah.


Sekolah menengah merupakan dunia yang amat baru bagi mereka dan ceramah ini mengetengahkan beberapa elemen mempersiap pelajar-pelajar bagi menghadapi cabaran yang besar sepanjang melalui kehidupan di alam persekolahan menengah. Apa yang diharapkan, ceramah ini dapat memberikan kesan yang mendalam dan menjadikan mereka lebih bersedia dan membuat pilihan yang tepat dalam kehidupan usia remaja mereka.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI