IQCM DI SK SRI TIRAM

17 November 2014, Tanjong Karang Selangor - Ceramah Selangkah Ke Alam Remaja diteruskan misi penyampaiannya dan kali ini ke SK Sri Tiram di Tanjong Karang. Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami. Ceramah disampaikan bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi kepada pelajar-pelajar tahun 6. Ia merupakan satu usaha persiapan sebelum pelajar-pelajar itu melangkah ke alam remaja dan alam persekolahan menengah.

Ceramah ini merupakan satu usaha penting bagi mendatangkan kesedaran kepada remaja mengenai dunia baru yang bakal mereka lalui nanti. Ia adalah langkah awal dan langkah tersebut mertilah tepat dan berkesan kerana ia akan menghasilkan corak kehidupan pada masa akan datang mereka. Baik pilihannya akan baik kesannya dan jika sebaliknya, kesannya juga sebaliknya.

Catatan Popular