IQCM DI SK SRI SERDANG

6 November 2014, Serdang Selangor - Kebanyakan sekolah rendah sudah memulakan langkah menjejak UPSR 2015. Keadaan yang sama juga telah dimulakan oleh Sekolah Kebangsaan Sri Serdang yang telah menjemput Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami untuk menyampaikan 2 ceramah untuk pelajar-pelajar tahun 4 dan 5. Ia merupakan satu program yang diharapkan dapat memberikan momentum positif kepada pelajar sehingga memasuki tahun 2015 dan menghadapi peperiksaan UPSR.

Pelajar tahun 5 telah diberikan motivasi melalui ceramah Motivasi Cinta yang membincangkan mengenai 5 cinta dan sedikit aktiviti muhasabah agar peserta dapat membakar semangat dan kemahuan mereka untuk berjaya dalam kehidupan mereka. Manakala pelajar tahun 4 pula didedahkan dengan ceramah Belajar Cara Belajar Berkesan yang membincangkan mengenai persiapan dan persediaan sebelum, semasa dan selepas belajar.

Catatan Popular