IQCM DI SK SERDANG KALI KEDUA

3 Oktober 2014, Serdang Selangor - SK Serdang sekali lagi mempelawa IQ Class Management untuk bersama-sama menjayakan Program Jejak UPSR 2015 bersama pelajar-pelajar tahun 5 SK Serdang yang juga merupakan calon-calon UPSR 2015. Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi adalah bertujuan untuk memulakan program motivasi bagi memberikan momentum kepada pelajar-pelajar agar mempersiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan UPSR akan datang. Program dimulakan dengan ceramah Belajar Cara Belajar Berkesan oleh Perunding Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Johari. Ceramah tamat pada jam 10.00 pagi dengan minum pagi.


Sesi kedua bermula jam 10.30 pagi dan disampaikan pula oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami dengan tajuk Ibu Bapa Sebagai Faktor Motivasi Anak-anak. Ceramah yang berlangsung selama 1 jam disampaikan dengan baik dan sempurna oleh kedua-dua penceramah dan mendapat respon yang baik dari pihak sekolah, pelajar dan ibu bapa pelajar yang hadir. Semoga kejayaan berjaya dilakar dengan permulaan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pihak sekolah.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI