IQCM DI SK PUTERI PANDAN 1

20 November 2014, Kuala Lumpur - Langkah IQ Class Management diteruskan dari hari ke hari dan hari ini kami telah menerima jemputan untuk bersama-sama pelajar tahun 4 dan 5 SK Puteri Pandan 1. Kami diwakili oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami dengan ceramah bertajuk Motivasi Cinta. Ceramah ini adalah langkah awal bagi memperbaiki sikap dan perhatian pelajar-pelajar terhadap kepentingan dan keperluan belajar di sekolah dan akhirnya mencapai kejayaan.

Ceramah inimengambil masa 2 jam bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 10.00 pagi dan ia diakhiri dengan satu sesi muhasabah di mana pelajar diingatkan mengenai diri, rakan-rakan, guru serta ibu bapa mereka dan mereka diingatkan bagaimana persekitaran mereka ini dapat menjadi faktor kepada kejayaan mereka.

Follow by Email

BERSAMA KAMI