IQCM DI SK METHODIST (L) SENTUL

15 Oktober 2014, Sentul Kuala Lumpur - Jemputan bagi mempersiapkan pelajar melangkah ke sekolah menengah menjadi agenda utama kebanyakan sekolah rendah pada masa ini. Tidak ketinggalan ia juga dilangsungkan di SK Methodist (L) Sentul dan disampaikan oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami selama 2 jam dan didengari oleh pelajar bermula dari tahun 4, 5 dan 6. Ceramah ini sangat penting bagi mendedahkan kepada pelajar terutamanya pelajar tahun 6 yang akan ke sekolah menengah mengenai cabaran yang mereka hadapi di sana.

Kebanyakan mereka tidak mempedulikan soal baik atau buruk, tetapi yang lebih utama adalah kerana ingin mencuba. Ceramah selama 2 jam mengetengahkan beberapa gejala sosial yang menular dikalangan mereka dan digambarkan kesan-kesan yang boleh terjadi kepada pelakunya dan juga kepentingan untuk melindungi diri mereka dari terjebak ke dalamnya. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dari Allah dan menyelamat generasi muda dari terjebak kepada perkara yang merosakkan masa depan mereka.

Catatan Popular