IQCM DI SK CONVENT SENTUL 1

7 November 2014, Sentul Kuala Lumpur - "Sifat baik seperti pokok bunga dan pokok buah-buahan, ia perlu dibaja untuk mendapatkan hasil yang baik. Begitulah sifat baik dalam diri manusia, ia perlu ditanam dan dibaja. Dari situlah datangnya perkataan 'menanam nilai-nilai murni,'" begitu antara kata-kata nasihat Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management kepada pelajar-pelajar perempuan di SK Convent Sentul 1. Ia peringatan penting apatah lagi bagi pelajar-pelajar perempuan kerana kebanyakan isu keremajaan akan melibatkan perempuan.

Ceramah ini berlangsung selama 2 jam bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 10.30 pagi di dewan sekolah. Ceramah menekankan tentang bagaimana peserta dapat mengelakkan diri mereka daripada terjebak kepada permasalahan gejala sosial serta terlibat dengan rakan-rakan yang boleh merosakkan mereka. Semoga usaha guru-guru mereka mendapat ganjaran dan berjaya memberikan kesan kepada pelajar-pelajar.

Catatan Popular