IQCM BERSAMA PEJABAT KESIHATAN DAERAH KUALA SELANGOR

28 November 2014, Kuala Selangor Selangor - S.M.A.R.T@Work Training Course bersama IQ Class Management kali ini dapat kami kongsikan bersama Unit Inspektorat Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor. Program yang berlangsung selama 2 hari ini berjalan dengan lancar di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Daerah Kuala Selangor. Program dihadiri oleh kakitangan Pejabat Kesihatan Unit Inspektorat dari seluruh daerah. Seramai hampir 50 orang peserta terlibat yang bermula dari jam 9.00 pagi dan tamat jam 5.00 petang selama 2 hari ini.

Peserta dibawa berbincang mengenai S.M.A.R.T yang mana jika ia dilaksanakan maka kita akan dapat membantu organisasi kita menjadi lebih baik dan berkesan. S merujuk kepada 'strategy', M pula adalah 'mindsets', A pula adalah jantungnya iaitu 'attitude', R pula adalah 'responsible' dan akhir sekali T pula adalah 'time management'. Pengalaman bersama peserta amat kami hargai dan banyak memberikan input dan pengajaran kami di IQ Class Management. Semoga kalian sentiasa berjaya dan berkesan dalam apa jua yang dilakukan untuk organisasi masing-masing.

Catatan Popular