IQCM BERSAMA ABIM BANGI DALAM YAC

23 November 2014, Banting Selangor - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami telah memenuhi undangan dari pihak ABIM Bangi bagi memberikan ceramah bertajuk Muhammad Al-Fatih dalam program YAC atau Young ABIM Camp yang berlangsung di Kem El-Azzhar Camp Morib. Program berlangsung selama 3 hari 2 malam yang dihadiri peserta pelbagai peringkat umur bermula dari umur 10 sehingga 16 tahun.

Ia merupakan satu produk program cuti sekolah anjuran ABIM Bangi dan ABIM Selangor serta ianya merupakan aktiviti tahunan pada musim cuti sekolah yang berlangsung 2 kali setahun dengan tema yang pelbagai. Ia merupakan usaha untuk mengetengahkan ikon-ikon Islam, positif serta meningkat pengamalam Islam yang lebih baik serta penghayatan yang lebih mendalam sesuai dengan generasi baru Islam hari ini.

Catatan Popular