SK BANDAR BARU KUALA SELANGOR

30 September 2014, Kuala Selangor Selangor - Kali ini, IQ Class Management memenuhi jemputan dari sekolah yang berhampiran. SK Bandar Baru Kuala Selangor mempersilakan IQ Class Management bagi memenuhi jemputan 3 sesi ceramah Aku Ke Dunia Baru, Selangkah Ke Alam Remaja dan Ibu Bapa Sebagai Faktor Motivasi kepada pelajar dan penjaga pelajar tahun 5 SK Bandar Baru Kuala Selangor di Kem Mega Kristal Kuala Selangor. Bengkel berlangsung dengan baik dan perbincangan memberi fokus kepada proses perubahan diri dan sikap terhadap diri dan orang lain begitu juga bersama dengan guru-guru serta penjaga.

Selain itu, dibincangkan juga mengenai pendidikan seksual dan pada sesi yang terakhir kami sempat bersama dengan ibu bapa penjaga pelajar-pelajar untuk sama-sama diingatkan mengenai tanggungjawab dan peranan kepada anak-anak.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI