SAM SUNGAI MERAB LUAR

6 September 2014, Sepang Selangor - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami telah memenuhi jemputan ceramah bertajuk Aku Teruna Terhebat dibawah tema modul ceramah Selangkah Ke Alam Remaja kepada pelajar-pelajar asrama SAM Sungai Merab Luar. Ceramah 2 jam disampaikan dengan kerjasama oleh pihak ABIM Selangor sebagai penganjur bersama. Ceramah 2 jam menyentuh pelbagai perkara berkenaan kelelakian serta peringatan penting tanggungjawab anak lelaki.

Beliau mengupas dan membincangkan mengenai ayat Al-Quran, surah Al-Furqan bermula ayat 63, mengenai ciri-ciri seorang 'Ibadurrahman sebagai satu peringatan penting dalam usaha menjadi orang yang berkeupayaan menguruskan emosi mereka dengan berkesan.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI