MODUL PRIMA DI SK DENGKIL

27 September 2014, Dengkil Selangor - IQ Class Management bersama jurulatih dan fasilitatornya telah berkunjung ke SK Dengkil selama 2 hari 1 malam bagi menjayakan Kem Bina Insan bersama pelajar-pelajar asnaf zakat SK Dengkil. Program yang berasaskan modul PrIMA IQ Class Management ini dijayakan atas bantuan 3 orang fasilitator bersama 40 orang peserta terdiri daripada pelajar tahun 3, 4, 5 dan 6.


Program bermula pada jam 3.00 petang 26 September dan tamat pada jam 2.00 petang hari berikutnya. Modul PrIMA ini dibina khusus bagi memenuhi keperluan motivasi anak-anak asnaf zakat. Ia bertujuan bagi memberikan semangat dan motivasi untuk pelajar yakin akan kemampuan sendiri dan mampu untuk bersaing seiringan dengan pelajar lain. Selain itu, mereka juga diingatkan mengenai asas-asas fardhu ain dalam kehidupan seharian.

Follow by Email

BERSAMA KAMI