KEMUDA A DI SK KANTAN PERMAI

1 Oktober 2014, Kajang Selangor - Perunding-perunding IQ Class Management telah memenuhi jemputan ke SK Kantan Permai bagi melaksana Bengkel Asas Kepimpinan Muda bersama lebih kurang 180 orang pengawas, pengawas pss dan PRS yang terdiri daripada pelajar tahun 2, 3, 4 dan 5. Pelbagai aktiviti dijalankan menyentuh mengenai 5 sifat asas pada seorang pemimpin iaitu berani, ikhlas, jauhi kesalahan, ambil tahu dan kekemasan diri.

Bengkel bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengahari. Aktiviti yang dimuatkan berjalan lancar tetapi bilangan peserta yang ramai menghadkan aktiviti yang dijalankan. Terima kasih kepada guru-guru yang memberikan kepercayaan kepada kami dan membantu kami sepanjang bengkel berlangsung.

Catatan Popular