JANGAN PUTUS ASA: UPSR 2014

29 September 2014, Klang Selangor - 'Lamanya periksa tahun ni,' begitulah keluhan sebahagian pelajar UPSR 2014 apabila diumumkan peperiksaan kertas Sains, Bahasa Inggeris dan kertas 1 Matematik perlu diulang pada 30 September dan 9 Oktober 2014. Rasa prihatin guru-guru di SK Sungai Serdang telah membawa Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management sekali lagi buat kesekiankalinya ke sekolah untuk menyampaikan ceramah bertajuk 'Jangan Putus Asa'. Ceramah disampaikan selama 2 jam dengan plbagai pesanan dan nasihat bagi mengembalikan keyakinan dan semangat pelajar menjelang peperiksaan.

Ceramah menyentuh mengenai sifat putus asa yang disebabkan oleh syaitan dengan dimulai dengan perasaan malas untuk berbuat sesuatu. Peserta diingatkan agar terus membina JERI mereka, kesihatan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI