SK TAMAN SUNGAI BESI INDAH KALI KE TIGA

29 Ogos 2014, Sungai Besi Kuala Lumpur - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management telah sekali lagi bertandang ke SK Taman Sungai Besi Indah bagi memenuhi jemputan modul ceramah bersiri untuk pelajar HaLus atau harapan lulus terdiri daripada pelajar tahun 4, 5 dan 5. Ceramah bermula jam 9.00 pagi dan tamat jam 11.00 pagi dengan ceramah bertajuk "Belajar Cara Belajar Berkesan".

Penceramah mengingatkan pelajar tentang ciri dan syarat penting kejayaan yang perlu mereka kekalkan. Antaranya adalah mengekalkan fokus belajar, mencatat dan menghormati orang yang memberikan ilmu. Asas ini menjadi sandaran penting selain dari kemahiran belajar dan cara belajar yang berkesan.

Follow by Email

BERSAMA KAMI