MOTIVASI DIRI S.M.A.R.T

Pengalaman lebih dari 10 tahun yang dilalui Perunding Utama Latihan dan Motivasi telah berjaya melahirkan satu konsep motivasi diri yang relevan dengan kehidupan kita, siapa pun yang hendak berjaya, dalam bidang apa sekalipun, maka mereka harus S.M.A.R.T. Apa yang dimaksudkan dengan S.M.A.R.T? 5 ciri utama insan berjaya atau insan S.M.A.R.T iaitu mereka harus hidup berstrategi (strategy), minda yang fokus (mindset), sikap yang benar (attitude), hubungan yang baik (relationship) dan pengurusan masa berkesan (time manegement). 5 perkara ini sangat perlu ada pada peribadi seseorang yang sentiasa ingin melihat kejayaan lahir dalam hidup mereka.


Sukar untuk ditafsir dengan ayat dan kata-kata, tetapi mereka yang memilikinya dan tetap dengannya akan menghasilkan kejayaan, tetapi ia amat bergantung kepada kesungguhan dan keteguhan dalam merealisasikan kelima-lima perkara dalam kehidupan. Ada dikalangan mereka yang tidak memahami apa keperluan strategi dalam kehidupan. Tidak kurang juga yang berstrategi tetapi tidak fokus. Apatah lagi apabila sikap yang ada itu tidak benar. Sikap adalah jantung kejayaan itu sebagaimana huruf 'A' yang menjadi tunjang kepada perkataan 'SMART'. Namun bahagian kejayaan yang kita cari adalah kejayaan hidup di dunia dan selepasnya. Oleh itu, pembentukan kejayaan itu tidak terhenti setakat strategi, fokus minda dan sikap, tetapi juga hubungan dan penghargaan hidup iaitu masa kerana masa adalah kehidupan. Jadilah insan yang S.M.A.R.T agar kejayaan yang dibina dapat dirasai, diri kita dan semua yang bersama kita, semasa di dunia lebih-lebih lagi dunia yang selepasnya.

Follow by Email

BERSAMA KAMI