CERAMAH BUDAYA KEPENGIKUTAN

26 Ogos 2014, Gombak Selangor - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management telah memenuhi jemputan rakan niaga dari pasukan Sedayu Event Management menyampaikan tajuk ceramah yang amat jarang sekali iaitu Kepengikutan. Peserta merupakan kelompok belia dibawah Felda seramai lebih kurang 40 orang. Ceramah dihiasi dengan aktiviti dan sesi perbincangan mengambil masa lebih kurang 40 minit. Penceramah memulakan dengan memberikan definisi kepengikutan dan ia merujuk kepada beberapa pandangan yang kebanyakannya berkait rapat juga dengan kepimpinan.

Tidak dapat dinafikan, kepimpinan dan kepengikutan adalah 2 elemen penting yang tidak lengkap jika tiada kedua-duanya. Beliau sempat menjelaskan ABCDE pengikut yang berjaya. Tanpa pengikut, tiada pemimpin, dan tanpa pemimpin tiada pengikit. Selalunya pepatah yang kita dengar adalah pemimpin perlu memimpin dan pengikit perlu diikut, tetapi dalam konteks kepengikutan, pemimpin perlu dipimpin dan pengikut perlu juga diikut.

Catatan Popular