TRAINING FOR FACILITATORS 1.0

13 Julai 2014, Kuala Selangor - Bengkel latihan awam ini adalah merupakan bengkel pertama yang dianjurkan oleh IQ Class Management yang memberikan sasaran penyertaan utama dari kalangan pelajar IPTA, IPTS dan Pra-U. Ia merupakan latihan kepada mereka yang berminat untuk mengenali fasilitator dan menjadi fasilitator. Untuk menjadi fasilitator yang baik, perlu memiliki keperibadian yang sesuai dan dibentuk sebaiknya.

Melalui Training For Facilitators atau TFF ini peserta difahamkan tentang siapa itu fasilitator, bagaimana mereka berperanan dan bagaimana fasilitator dapat memberikan kesan kepada diri dan masyarakat yang hampir dengan mereka. Bengkel latihan berlangsung selama 2 hari 1 malam dan ia merupakan fasa pengenalan dan akan dilanjutkan untuk fasa-fasa lain berikutnya insyaAllah.

Follow by Email

BERSAMA KAMI