S.M.A.R.T@WORK Workshop

S.M.A.R.T@WORK Workshop merupakan satu bengkel motivasi dan peningkatan prestasi staf dan jawatankuasa organisasi sama ada jabatan-jabatan pentadbiran, syarikat-syarikat atau badan-badan bukan kerajaan. Ia dibina berdasarkan konsep motivasi kendiri yang dibangunkan oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management iaitu konsep S.M.A.R.T.

Menurut Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, organisasi adalah sebuah gerakan yang melibatkan sekelompok manusia yang berjaya disatukan misi dan visi mereka demi mencapai halatuju yang disepakati. Namun kerapkali usaha ini gagal atau tersasar bukan kerana ketidakmampuan pemimpin organisasi semata-mata, tetapi ia juga amat berkait dengan keupayaan serta potensi mereka yang bersamanya di dalam organisasi.

Kerapkali kegagalan itu berpunca dari individu yang tidak bermotivasi apatah lagi apabila yang memimpin organisasi itu sendiri menghadapi masalah prestasi dan tidak dapat memotivasikan diri. Proses motivasi diri perlu dilakukan sama ada secara peribadi atau secara kolektif bersama. Bengkel S.M.A.R.T@Work adalah penyelesainnya.

Melalui bengkel ini peserta akan dimotivasikan dan diberikan keyakinan untuk menjana prestasi pencapaian kerja yang cemerlang. Laksanakannya sekarang di tempat anda.

Follow by Email

BERSAMA KAMI