SM SERI SEREMBAN KALI KEDUA

16 Ogos 2014, Kuala Pilah Negeri Sembilan - Alhamdulillah, perjalanan Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management ke Dkok Eco Camp berjalan lancar dan tiba di sana dari Kuala Selangor pada jam 8.00 pagi. Misi utama ke sana adalah untuk memenuhi jemputan ceramah kepada calon SPM 2014 yang berkampung di sana selama 3 hari 2 malam. Ceramah yang disampaikan bertajuk Pengurusan Emosi.

Tajuk yang besar tetapi penceramah telah berjaya menterjemahkannya dan dipermudahkan. Perbincangan utama tertumpu kepada ciri-ciri insan yang mampu mengurus emosi mereka dengan berkesan. Ciri-cirinya adalah 'effective', 'matured', 'organize', 'simple' dan 'intimacy'. Semoga usaha yang dijalankan diberkati Allah s.w.t.

Catatan Popular