SK TAMAN SUNGAI BESI INDAH

14 Julai 2014, Sungai Besi Kuala Lumpur - SK Taman Sungai Besi Indah memulakan projek ceramah bersiri bersama IQ Class Management dengan tajuk ceramah yang pertama iaitu Motivasi Cinta. Pihak sekolah mensasarkan kelompok pelajar terpilih untuk bersama-sama dibangunkan dari segi semangat dan motivasi diri mereka untuk membina kejayaan di sekolah ini.

Usaha ini merupakan sebahagian dari apa yang menjadi harapan guru-guru mereka untuk melihat semua anak didik mereka berjaya ke tahap yang paling tinggi. IQ Class Management diwakili oleh Perunding Utamanya mengucapkann jutaan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada Kami. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

Catatan Popular