SK TAMAN SUNGAI BESI INDAH KALI KEDUA

15 Ogos 2014, Sungai Besi Kuala Lumpur - "Kebanyakan manusia tidak menghargai benda percuma dan yang dirasakan tidak berharga, samalah macam masa, sebab tu ramai orang tak menghargainya dan membazirkan masa," demikianlah antara pesanan Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management dalam sesi kedua modul ceramah bersiri di SK Taman Sungai Besi Indah pada hari Jumaat yang lalu.

Ceramah yang dusampaikan bertajuk pengurusan masa membincangkan mengenai 4 perkara bermula dari mengenali masa, aturkanlah masa, sesuaikan masa dan awasilah masa. Ceramah bermula pada jam 8.40 pagi dan tamat pada jam 10.40 pagi. Semoga segalanya diberkati Allah s.w.t.

Catatan Popular