SK METHODIST PETALING JAYA

5 Ogos 2014, Petaling Jaya Selangor - "Kejayaan hanya datang dari rasa yakin kita kepada diri sendiri," demikian antara pesanan Encik Zaki selaku Perunding Jemputan IQ Class Management dalam satu siri ceramah motivasi di SK Methodist Petaling Jaya. Ceramah disampaikan selama 2 jam dengan menekankan aspek motivasi membangunkan diri sendiri dan rakan-rakan lain untuk berjaya.

Kami di IQ Class Management amat berbesar hati atas komitmen yang ditunjukkan oleh pihak sekolah dan mendoakan kejayaan dan kecemerlangan buat semua warga SK Methodist Petaling Jaya.

Catatan Popular