SK DATO' ABU BAKAR BAGINDA

5 Ogis 2014, Sepang Selangor - Bengkel Pecutan Akhir UPSR telah berjaya dilaksanakan di SK Dato' Abu Bakar Baginda bermula seawal jam 8.00 pagi. IQ Class Management diwakili oleh Perunding Latihan dan Motivasinya En Johari. Bengkel berlangsung sehingga jam 1.00 petang dengan didahului oleh sesi taklimat dan pemecah bendungan. Peserta didedahkan dengan sebab mengapa mereka perlu melakukan pecutan.

4 aspek Utama disentuh iaitu penjelasan matlamat, pembentukan sikap, peningkatan usaha dan disusuli dengan peranan tawakal dalam usaha. Bengkel juga dibantu oleh Fasilitator Luqman dengan sesi ceramah interaktif diselang-seli dengan permainan dan perbincangan.

Catatan Popular