SAMBUTAN NUZUL QURAN

18 Julai 2014, Gombak Selangor - Sekalung tahniah diucapkan kepada guru-guru dari SK Sungai Kertas kerana berjaya menganjurkan dan melaksana majlis khatam Al-Quran dan sambutan nuzul Quran di sekolah. Kami di IQ Class Management merasakan am at berbesar hati kerana dipilih menjadi sebahagian dari mereka yang terlibat dalam menjayakan program yang hebat seperti ini.

Adat dan budaya keagamaan yang baik sebegini harus diikuti dan diperbanyakkan penganjurannya oleh pihak sekolah bagi memastikan kesedaran beragama ini subur di dalam diri anak didik di sekolah. Ia adalah usaha yang murni dan Kami di IQ Class Management menyarankan agar ia dijalankan di sekolah khususnya di dalam bulan Ramadhan agar setiap waktu rehat mereka dihiasi dengan bacaan ayat-ayat such Al-Quran.

Catatan Popular