KALI KEDUA DI SMK SERI DESA

4 Julai 2014, Tanjong Karang Selangor - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management sekali lagi memenuhi undangan pihak Sedayu Event Management untuk mengisi slot ceramah bertajuk Melahirkan Pelajar SMART di SMK Seri Desa. Kali ini, ceramar menyasarkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 yang bakal berhadapan dengan peperiksaan PT3 buat kali pertama. Ceramah ini lebih menjurus kepada perkata berkenaan peningkatan daya motivasi diri serta bagaimana mereka dapat merencana masa depan mereka dengan memberikan perhatian yang serius terhadap pembelajaran mereka.

Terima kasih kepada pihak Sedayu Event Management yang secara berterusan memberikan kepercayaan kepada kami untuk melaksana dan mengisi program-program yang dianjurkan. Kepercayaan ini merupakan satu amanah yang besar dan tahniah kepada pihak sekolah SMK Seri Desa kerana menganjurkan program yang dapat memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar untuk mereka terus menjadi pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Catatan Popular