SMK SERI DESA KALI PERTAMA

23 Jun 2014, Tanjong Karang Selangor - Kali pertama, IQ Class Management menerima jemputan melalui rakan latihan Sedayu Event Management untuk menyampaikan ceramah di SMK Seri Desa kepada kumpulan pelajar tingkatan 1 dan 2. Ceramah bertajuk Pelajar SMART sekali lagi diperkenalkan kepada pelajar untuk membina strategi diri untuk mencapai kejayaan. Kejayaan adalah diri kita, dan kita yang menyebabkan kejayaan itu datang.

"Jangan berhenti berusaha, kerana usaha adalah kunci kepada kejayaan diri kita. Sudah adalah perkataan yang terakhir untuk kita guna," demikian antara pesanan penting Encik Kamarul Azami, Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management dalam siri ceramah yang disampaikan. Semoga pelajar-pelajar menjadi pelajar SMART dan sentiasa menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat.

Catatan Popular