SEMINAR CUTI SEKOLAH

14 Jun 2014, Bestari Jaya Selangor - ABIM Daerah Kuala Selangor dengan kerjasama IQ Class Management telah berjaya menganjurkan Seminar Cuti Sekolah; Kemahiran Belajar dan Halatuju Mass Hadapan. Seminar ini mensasarkan pelajar-pelajar sekolah menengah bermula umur 15 hingga 19 rahun (pra-u).

Seminar dianjurkan di Dewan Senat, Universiti Selangor (UNISEL) Bestari Jaya dengan kerjasama adik-adik GPTD UNISEL. Bermula seawal jam 8.30 pagi dengan didahului taklimat dan pengenalan seminar. Jam 9.00 pagi, slot bersama Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami dengan tajuk Pengurusan Masa.

Slot kedua bersama Idzhar Jumali, dan slot ketiga bersama Zaki Melatusamsi. Seminar juga dimeriahkan oleh kehadiran kumpulan NowSeeHeart yang mempersembahkan 2 bush lagi.

Catatan Popular