MOTIVASI CINTA DI SK KLANG

19 Jun 2014, Klang Selangor - Tahun 2014 menjadi tahun seterusnya untuk kami di IQ Class Management memenuhi undangan ceramah di SK Klang. Ceramah bemula seawal jam 8.00 pagi dan tamat jam 10.30 pagi dengan sesi ceramah yang menggalakkan. Walaupun ceramah ini disampaikan setiap tahun di SK Klang, namun corak penyampaian dan kesan ceramah masih sama dan berkesan kepada pelajar kerana pelajar-pelajar hanya melaluinya pada tahun 6 tidak pada tahun-tahun sebelumnya.

Kami di IQ Class Management amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SK Klang kerana terus menerus memberikan kepercayaan kepada kami untuk terlibat dalam usaha memberikan kesedaran dan membina kejayaan dan kecemerlangan pihak sekolah. Semoga kejayaan bersama pelajar-pelajar SK Klang.

Catatan Popular