MOTIVASI BULANAN DI SK SUNGAI SERDANG

26 Jun 2014, Kapar Selangor - IQ Class Management dengan rutin bulanan bersama pelajar tahun 6 SK Sungai Serdang kali ini pelajar diperkuatkan semangat motivasi mereka menjelang UPSR. Kali ini, Perunding Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Johari menyampaikan ceramah melalui beberapa aktiviti permainan yang interaktif dan menyeronokkan. Fokus utamanya adalah untuk mengurangkan ketegangan dan memulihkan semangat untuk terus kekal belajar.

Proses motivasi ini perlu bersifat berterusan agar pelajar-pelajar sentiasa diingatkan dan menjadi faktor dorongan dikala mereka lemah atau lupa. Perubahan sikap dilihat ketara dan mereka tampak lebih bersemangat dan bersedia dengan peperiksaan yang bakal mereka hadapi.

Catatan Popular