CERAMAH SELANGKAH KE ALAM REMAJA

18 Jun 2014, Subang Jaya Selangor - IQ Class Management telah diamanahkan untuk menyampaikan ceramah untuk pelajar lelaki dan perempuan di SK USJ 2, Subang Jaya. Termasuk dibawah label modul ceramah Selangkah Ke Alam Remaja, kali ini ABIM Selangor dilibatkan bagi membantu pelaksanaan modul.
Perunding Utama Latihan dan Motivasi, Encik Kamarul Azami turut dibantu penceramah perempuan, Puan Norhidayah Sumairi dari ABIM Selangor. Ceramah berjalan lancar dengan perbincangan menjurus kepada kesedaran sosial pelajar.

Peserta diasingkan lelaki perempuan bagi memudahkan perbincangan dan pelbagai aspek diri remaja dapat dibincangkan dengan lebih mendalam. Antara isu yang dibincangkan adalah penglibatan remaja dalam gejala sosial, punca mereka terlibat serta tanda-tanda awal yang perlu mereka elakkan sebelum terjebak. Kami di IQ Class Management juga merakankan jutaan terima kasih buat Puan Norhidayah yang sudi membantu kami dalam melaksana tugas yang diamanahkan ini.

Catatan Popular