CERAMAH SAMBUTAN HARI IBU BAPA DAN RAMADHAN

22 Jun 2014, Subang Selangor - Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management telah bertandang ke Pangsapuri Utarid Subang U5 bagi memenuhi jemputan ceramah sempena menyambut Hari Ibu Bapa dan Ramadhan sekaligus. Menurut pengerusi jawatankuasa penduduk, penganjuran program ceramah tersebut bertujuan untuk menggerakkan semula masyarakat dalam aktiviti sosial dan mewujudkan persefahaman dan ikatan hati agar mereka saling berkasih sayang sesama jiran tetangga.


Niat baik ini juga telah disambut baik oleh YB Halimatus Saadiah, ADUN Kota Damansara dan turut sama hadir memeriahkan sambutan tersebut. Kami di IQ Class Management amat berbesar hati dan berterima kasih kerana memberikan peluang kepada kami terlibat sama dalam usaha yang murni ini. Terima kasih juga kepada pihak ABIM Selangor dan Shah Alam yang memberikan ruang dan peluang serta sumbangan sekampit beras kepada yang memerlukan di dalam majlis ini.

Follow by Email

BERSAMA KAMI